SEJARAH RINGKAS HOMEOPATI


HOMEOPATI adalah suatu sistem perubatan moden yang lengkap dan semulajadi (nature). Sistem ini mengamalkan prinsip "keserasian" dalam tindakannya menghilangkan penyakit di samping merangsang sistem imunisasi dan Vital Force tubuh badan secara lebih holistik dan semulajadi.

Prof. Dr Samuel HahnemanPerubatan ini telah dikenali dan diamalkan lebih 200 tahun yang lalu di seluruh dunia. Pengasasnya ialah seorang pakar perubatan konvensional dari German iaitu Prof. Dr Samuel Hahneman yang memperkenalkannya pada tahun 1790-an. Menurut kajian dan pengalaman beliau sistem perubatan konvensional banyak menggunakan dadah (crude drug) didalam amalannya.Ia hanya memberi kelegaan sementara kepada pesakit tetapi mengakibatkan banyak kesan sampingan seperti kerosakan usus, hati, buah pinggang, sistem saraf, otak dan sebagainya. Sekiranya diamalkan dalam tempoh yang lama. Oleh itu Dr Samuel Hahneman mencari suatu sistem perubatan yang paling selamat dan berkesan. Dari sinilah sistem perubatan homeopati bermula.